image
cerita ini cerita merapu
x de ayat bombastic pun disini
Perhatian!
farhana itu bukan aqu..
okey?!! so jgn ingat aku neh perasan
sikit pun x... Enjoy je keyh!
image

Tuesday, June 8, 2010

BAB 3 - Setiausaha

Farhana makan di satu sudut dekat wakaf.
“ Roti oh roti, aku makan ko je... Xpe la... ko pun sedap jugak! Bismillah...”
NGAP! Farhana meratahnya kelaparan.
Semalam sehari suntuk, dia menyental songkok Fitri yang kotor itu.
“ Aku berus sampai hangus jugak songkok neh...” Sambil dia menyental-yental bahagian yang kotor itu.
“ Buat apa tu cik kak oi?” Jerkah Jannah yang baru sahaja melangkah masuk ke tandas.
“ Sental topi keledar ha..” Farhana mengangkat songkok itu. Jannah ketawa sahaja melihat telatah juniornya yang seorang itu.
“ Songkok siapa?”
“ Fana, silap kotorkan songkok dia kak... Pastu dia suruh Fana bersihkan, pastu payah pulak nak hilangkan kotaran nie...”
“ Penatnya...” Farhana mengesat peluh di dahinya. Tiba-tiba sahaja Jannah ketawa.
“ Alahai, kesiannya...”
“ Tau tak pe... hehehe” Tiba-tiba Farhana terasa seperti ada yang mencuit hati kecilnya.

Pertemuan pagi tadi tiba-tiba singgah di benaknya.
“ Oi, Farhana!” Tangan Shahril melambai-lambai ke arahnya, seakan memanggilnya.
“ Siapa pulak pagi-pagi dah panggil aku neh?” Farhana berpaling ke belakang.
“ Farhana! Sini...” Panggil Shahril lagi. Farhana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengalihkan pula pandangannya ke arah rakan Shahril.
‘ Ooo... Mesti nak songkok dia balik neh...” Perlahan-lahan Farhana menghampiri Shahril. Semakin dekat Farhana dengan mereka, semakin kuat debaran yang Fitri rasakan.
‘ Apa yang aku takut sangat neh? Bukan hal besar pun aku ngan dia neh...’ Fitri bingung. Kenapa?
“ Far-..” Belum sempat Shahril membuka bicara. Farhana sudah mengeluarkan isyarat supaya berhenti lalu dia menyelongkar beg sekolahnya.
“ Nah, songkok ko... Dah bersih! Aku sental bagai nak rak semalam!” Farhana menghulurkan songkok itu kepada Fitri. Shahril kebingungan. Kertas yang ada di tangannya, diabaikan.
“ Em!” Fitri mengambil songkok itu lalu cepat-cepat dia tarik tangan Shahril pergi dari situ.
“ Rie!”
“ ko diam aje lah...” Bentak Fitri.
“ Hei! Tak berterima kasih langsung!” Farhana mencebikkan bibirnya.

‘ Mamat cembrek sungguh!’ Dengus hatinya. Farhana mengunyah roti itu perlahan. Rasa geram merajai hatinya.
“ Kenapalah aku perlu ada masalah dengan dia, harap tak berterusanlah... Buang masa sahaja.” Tanpa sedar dari jauh dia diperhatikan.

Dua minggu selepas itu, sekolah mengadakan perkhemahan di Janda Baik, Pahang. Semua pelajar di minta melaporkan diri pagi itu. Farhana mencari-cari khemah unitnya.
“ Assalamualaikum, akak, ini khemah pengakap ke?” Tanya Farhana.
“ Ye, nak melaporkan diri ke?” Farhana terus menganguk.
“ Ok, cuba check nama awak dalam kertas ini...” Pelajar tingkatan 5 itu menghulurkan kertas itu.
“ Kumpulan satu?” Farhana tersenyum. Akhirnya selesai juga dia melaporkan diri.

Semua pelajar dikehendaki beratur mengikut unit masing-masing.
‘ Nasib baik aku bukan satu unit dengan dia, kalau tak... Naik muak aku tengok muka dia!’ Matanya memerhatikan sahaja gerak geri Fitri yang berada di unit setiausaha perkhemahan.
“ Ok semua anak-anak... Hari ini kita akan bertolak ke Janda Baik pukul 8.30 pagi dari sini, Insya-Allah. Jadi saya akan membahagikan kumpulan di sini. Kamu sudah tahu kumpulan masing-masing, bukan?” Tanya Cikgu Daud.
“ Kalau sudah, bagus. Kali ini, pihak sekolah inginkan kelainan dalam perkhemahan kali ini. Seperti yang kamu tahu, kita berkhemah mengikut unit beruniform masing-masing, tetapi kali ini, kita akan berkhemah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Anda faham semua?”
“ Faham!” Jawab semua pelajar.
“ Bagus, saya mahu dalam masa 15 minit, berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan kamu akan membimbing kamu.” Selesai sahaja Cikgu Daud berucap, Shahril naik ke pentas.
“ Fana! Mamat nie la yang aku minat tu...” Kata Lina sambil tersenyum riang.
“ Mamat ini... Em, bolehlah..” Kata Farhana malas.
“ Ko neh, tak sporting langsung...”
“ Oklah, mana? Nak suruh aku lambai tangan kat dia ke?”
“ Ko neh, main-main pula.” Farhana pura-pura mengangkat tangannya.
“ Hei! Betul-betul pulak dia...” Muncung sahaja Lina apabila diusik Farhana. Farhana ketawa kecil.
“ Olo, malu lah tu... Tak malu...”

Tinggal kumpulan satu sahaja lagi. Masing-masing berdebar, siapakan ketua kumpulan satu. Farhana sudah tidak sedap hati.
‘ Janganlah dia. Janganlah dia.” Farhana menutup mata sambil berdoa. Matanya dibuka.
“ Semua kumpulan satu beratur di hadapan saya sekarang!” Lantang suara Fitri memanggil anak-anak buahnya. Ramai pelajar perempuan bersorak gembira, tetapi tidak bagi Farhana, dirasakan ada sesuatu yang akan berlaku.
“ Siapa dalam kalangan kamu, tingkatan 4? Mara ke hadapan...” Tanya Fitri.
“ Saya!” Jerit Delia gembira. Fiti mencari empunya suara tetapi pandangannya jatuh pada Farhana tidak jauh dari Delia. Farhana tunduk sahaja. Entah kenapa hatinya berdebar lagi. Suasana diam seketika.
“ Rie-rie... Fitri!” Panggil Jannah, penolong ketua kumpulan satu.
“ Er, apa tadi?”
“ La, budak tingkatan 4...”
“ oh, ye.. Budak-budak tingkat-...” Belum sempat Fitri menghabiskan ayatnya, Delia sudah berada di hadapannya. Fitri berganjak ke belakang, terkejut.
“ Whoa...” Fitri mengurut-urut dadanya yang tidak sakit itu. Farhana naik ke pentas diikuti yang lain.
“ Ok, saya nak lantik seorang setiausaha.... Seorang lelaki, seorang perempuan...” Kata Fitri.
“ Calon-calonnya ialah...” Fitri menyebut nama satu persatu hinggalah nama yang terakhir, Farhana. Tiba-tiba Jannah mengangkat tangannya.
“ Saya calon Farhana...” Jannah tersenyum.
“ Akak!” Farhana mengeleng-gelengkan kepalanya.
“ Fitri, please let Fana be my secretary... She’s the best! Trust me...” Jannah cuba menyakinkan Fitri.
“ Kita belum capai kata sepakat lagi...” Kata Fitri selamba tanpa memandang ke arah Jannah. Jannah tahu, Fitri seorang yang bertanggungjawab. Delia senyum sinis.
“ Abang Fitri, biarlah Delia yang jadi setiausaha, bolehlah..”
“ Tengoklah orang macam mana... Setuju ke tak?”
“ Baiklah saya mahu korang fikir dalam masa lima minit, siapa yang paling sesuai untuk jadi setiausaha...” Sebelum Fitri turun ke pentas sempat dia menjeling ke arah Farhana.
‘ Apa maksud hati aku sekarang?’

1 comment:

  1. kyaaaaaaaaaa.........
    swettttttttttttttt
    hahahahahaha

    ReplyDelete