image
cerita ini cerita merapu
x de ayat bombastic pun disini
Perhatian!
farhana itu bukan aqu..
okey?!! so jgn ingat aku neh perasan
sikit pun x... Enjoy je keyh!
image

Saturday, June 5, 2010

BAB 2 - KERTAS ADD MATH

Fitri menyusun kertas-kertas kerjanya yang tidak bersusun itu. Fitri seorang yang sangat kemas sebab itu kalau tengok baju kemeja sekolahnya digosok dengan begitu teliti. Sedikit sahaja berkedut, alamak jenuhlah si Shahril, teman sebelah mejanya terpaksa mendengar bebelan Fitri. ; bukan metroseksual yep! Jangan salah faham pulak...
Fitri terpandang sekeping kertas di sebalik kertas-kertas kerjanya itu.
“ Kertas add math siapa pulak aku kebas neh??” Sambil dia membelek-belek kertas itu.
“ Urmm..Nice work... bersih.... Ntah-ntah copy jawapan kawan.. Huh!” Dia membelek lagi sehinggalah ke helaian belakang.
“ Memang patut pun.. Minah tu punya rupanya... Farhana? Ummm...” Fitri tersenyum sendirian.
“ Apa yang syok sangat tue Rie? Love letter ke?” Hazuan mengangkat keningnya dua kali. Hazuan memang seorang yang suka jaga tepi kain orang, kain sendiri pun belum berjahit lagi!
Fitri cepat-cepat memasukkan kertas itu ke dalam buku, takut-takut si Hazuan bertindak di luar jangkaan.
“ Cakap ar... Love letter ke?” Tanya Hazuan lagi. Kali ini volume suaranya agak kuat membuatkan beberapa orang rakannya beralih pandangan pada Fitri termasuk Jannah, rakan sekelas yang sudah lama meminatinya.
“ Surat yang ke berapa dah Rie??” Tanya Danish. Wajahnya begitu teruja ingin tahu daripada siapa pula surat itu datang kali ini.
“ Pemende la korang neh? Tak de keje laen ke?” Fitri membetulkan cermin matanya.
“ Tengah tak de keje la nie... Adoyai, ko pun tahu, asal ada love letter je, muke-muke kitaorang nie lah yang terjah dulu. Yang ko macam dah tak biasa neh kenapa?” Jawab Ganesh, satu-satunya pelajar India dalam kelas 5 Sains 1. Fitri mengeluh panjang.
“ Tak ada apalah...” Kata Fitri malas. Sempat juga dia menjeling ke arah Shahril. Shahril senyum saja, sudah tahu kut. Jannah yang mendengarkan itu tiba-tiba timbul satu perasaan yang mahu tahu yang amat sangat.
“ kenapa? This time dia bagi ko present ke?”
“ Tak pun, chocolate box..”
“ Ooo, kire ko tak nak sharing la neh?”
“ Ala... Dia bagi bunga agaknya... Tu yang malu nak tunjuk tu..”
“ Eh, betul ke?”
“ Jatuh maruah jantan Rie!!”
Fitri hanya mampu mengelengkan kepala, dibiarkan perbualan hangat antara rakan-rakannya itu sehinggalah waktu pembelajaran pagi itu bermula.

PAP!!! Rotan tepat mengena di atas meja Farhana. Farhana yang sedang menyelongkar begnya mencari kertas kerja add mathnya terkejut. Menyirap darahnya melihat wajah cikgu Karam yang bengis itu. Wajahnya tidak ubah seperti wajah A.Galak dalam drama Gerak Khas.
“ Berdiri sekarang! Cepat keluar!” Lantang sungguh suara cikgunya yang seorang ini. Agaknya sekuat bunyi guruh! ; ala, kalau dah cikgu marah, semua pun suara macam guruh!
Semua rakan-rakannya menyaksikan adegen itu dengan penuh minat. Inilah satu-satunya hiburan yang ada bagi mereka, melihat rakan mereka di denda, di rotan, di.... macam-macamlah.
“ Sekarang saya mahu awak berjalan itik dari kelas ini sampailah 5 Sains 4 di tingkat bawah. Faham!”
“ cikgu, kalau bunyi itik sekali, best jugakkan? Cikgu dah bagi 2 hari untuk siapkan kerja itukan? Tapi masih tak buat, tak bawa pula tu... Patut di hukum dengan setimpal-timpalnya. Betul tak cikgu?” Cadang Delia, pelajar kesayangan Cikgu Kumar.
“ Bagus juga! Farhana, kamu dengar itu? Buat sekarang!! Jangan buang masa saya. Farhana sempat merenung tajam pada Delia tetapi seperti biasa, Renungan Farhana dibalas dengan jelingan oleh Delia.

Farhana duduk mencakung dan berjalan perlahan-lahan dari satu kelas ke satu kelas yang lain.
“ Saya tidak buat kerja sekolah, quek-quek-quek...” Berterusanlah begitu. Hampir di setiap kelas yang dilaluinya, ketawa mengilai melihat dirinya. Farhana cuba menahan dirinya daripada mengalirkan air mata. Dia harus kuat memandangkan dia sebatang kara sahaja disini. Rakannya yang selalu juga berdampingan dengannya, Lina , tidak tahu menahu dari asal manakan Farhana.
Hilaian ketawa semakin kedengaran di tingkat bawah menyebabkan cikgu Haslina, guru Bahasa Inggeris 5 Sains 1 berhenti seketika.
“ Apa yang seronok sangat itu?” cikgu Haslina menjenguk ke luar kelas. Sebaik sahaja cikgu Haslina keluar dari kelas, semua murid-murid kelas 5 Sains 1 mengekorinya daripada belakang. Fitri sahaja yang masih di mejanya.
“ Farhana! Cepat! Awak jangan berhenti!” Cikgu Kumar mencucuk belakangnya dengan hujung rotan. Sudah dari tadi, peluh Farhana tidak henti-henti mengalir.

Langkahnya terhenti sekali lagi di depan pintu 5 Sains 1. Cikgu Karam menghentak-hentak rotannya di atas lantai. Fitri sempat menjeling ke arah luar kelas.
“ Awak jangan nak berhenti! Cepat jalan!”
“Saya tak suka orang tidak bawa kertas kerja yang saya bagi!” Lantang sungguh suara Cikgu Kumar. Farhana mengeluh panjang, penat bukan kepalang!
“ kertas kerja?” Fitri sempat menelan air liurnya. Kertas add math Farhana dipegang erat. Serba salah.
‘ Kalau aku bagi sekarang, mesti dia orang tahu aku datang lewat hari nie... biarlah dia... tapi...’ Fitri termenung lama.
‘ Ahh, apa aku kesah, reputation aku lagi penting!’
Farhana sudah jauh ke hadapan. Fitri pula cuba menghapuskan perasaan bersalahnya itu.

“ Lawak betul aku tengok budak perempuan tu tadi...” Kata Shahril dalam ketawa. Fitri hanya diam.
“ Tapi an, aku tengok sekse jugak, sampai jatuh-jatuh budak tu... Kalau aku, dah lama aku lari...”
“ Kesian-kesian... Dia tu..”
DUMM!! Bunyi hentakan meja yang kuat. Semua terpana.
“ Ko diam boleh tak?!!” Tengking Fitri. Shahril tergaman. Rakan-rakannya terkejut. Belum pernah Fitri semarah itu. ; Fitri seorang yang pendiam, okeyh?
“ Fitri, kenapa? Ada masalah?” Tanya Cikgu Haslina kebingungan.
“ Maafkan saya cikgu, tak ada apa-apa...”
“ kalau macam itu duduk...”
“hei.. Budak-budak neh... macam-macam!!” Cikgu Haslina meneruskan pengajarannya. Fitri langsung tidak dapat menumpukan perhatian ketika itu. ; Fitri nie baik la weh..

Semalam Fitri membuang kertas kerja add math Farhana ke dalam longkang. Dengan harapan Farhana menjumpainya. Pagi itu Fitri keluar aspura seperti biasa. Sebelum pergi ke sekolah, sempat Fitri meneguk air minuman dari ‘water cooler’. Shahril berdiri di sebelahnya.
“ Rie, pasal semalam tu... Ko tetibe cuak dengan aku tu kenape? Aku ada buat salah ke?” Tanya shahril mengharapkan penjelasan.
“ Semalam? Maaflah, aku tak sengaja. Serabut sangat semalam..”
“ kenapa? Pasal Farhana?” Shahril menghulurkan kertas kerja itu kepada Fitri.
“ Semalam, aku Nampak ko campakkan kertas nie dalam longkang...Ko rasa bersalahkan?”
“ Gile, aku rasa bersalah...? Please! Kalau tak aku tak cam-“ Fitri ternampak Farhana jalan berjongkat jongkit menahan kesakitan.
“ Ummmm...”
“ Oi Farhana!!” Panggil Shahril.

5 comments:

  1. ye ke? mekaseh.. nop nagis wase.. wahahaha..

    ReplyDelete
  2. besh!!
    sy jd byg wak ar nana
    xley lri dh
    -wanie-

    ReplyDelete
  3. wahaha..
    jgn..
    bahaye...

    ReplyDelete
  4. best laa jgak...
    good job...
    fighting

    ReplyDelete