image
cerita ini cerita merapu
x de ayat bombastic pun disini
Perhatian!
farhana itu bukan aqu..
okey?!! so jgn ingat aku neh perasan
sikit pun x... Enjoy je keyh!
image

Thursday, June 3, 2010

BAB 1 - PERTEMUAN

Farhana berlari sepantas kilat menuju ke pintu pagar sekolah hampir selaju kuda hitam. Dia melihat jam tangannya sudah menunjukkan jam 7.20 pagi. Jam oh jam, kenapa la jarum ko cepat sangat hari ini?
DUSH! Habis kertas-kertas berterbangan di udara seperti layang-layang putus tali. Kepala antara dua insan bukan muhrim bertemu dan akhirnya meninggalkan kesakitan yang melampau. Farhana dan lelaki itu sudah pun berada di lantai.
“ Aduh! Mak aih, siapa baling buah kepala nie?” Bebel Farhana sebelum dia mengamati wajah lelaki di hadapannya. Waduh-waduh si head-prefect rupenya. Fitri Cembrek!
“ Woi, tak nampak ke aku lalu tadi? Ikut suke mak bapak ko je nak langar-langar aku!” Jerkah lelaki itu sambil mengurut-urut kepalanya yang agak sakit.
“ Eh, dah aku nak cepat, ko yang terhegeh-hegeh kat simpang nie kenapa?” Jawab Farhana dengan nada yang agak tinggi. Farhana mengutip kertas yang berteraburan di atas lantai.
“ Tepi! Aku dah lewat nie! Menyusahkan aku aje... Argh!!” Sambil mengambil kertas-kertasnya dengan rakus lalu cepat-cepat dia meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang sengal habis! ; Ala, orang dah tengah panas, macam mana?
“ Ek, eleh! Tak padan dengan jawatan, datang lewat gak sekolah. Cish!” Farhana mengomel sindiri. Fitri berpatah balik. Farhana tergaman.
‘ Dia dengar ke? Telinga speaker ke ape dia neh?’ Dia bermonolog sendiri sambil menelan air liur. ‘Abis la aku...’ Fitri memandangnya dengan pandangan yang membunuh : sangat-sangat menakutkan.
Fiti datang dekat dengannya ; tak adalah sampai dengan nak cium!
“ Woi, songkok aku!” Kata Fitri.
“ Aku mana ada songkok ko!”
“ Kalau dah songkok aku ko pijak!” Kata Fitri. Farhana cepat melihat ke bawah.
‘Aduh, habis kemek songkok dia’. Cepat-cepat diangkat kakinya lalu diambilnya songkok itu.
“ Nah!” Farhana cuba melangkah pergi tetapi dihalang Fitri.
‘Wuhoo... Berani juga mamat mata empat nie ye, tak padan dengan nerd! Farhana, Farhana! Dia memanglah nerd, tetapi nerd yang paling hangat di pasaran Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Shah! Ntah-ntah popular satu sekolah SBP kat Malaysia.’ ; fakta! Hehehe...
“ Ko blah cam gitu aje?” Kata-kata Fitri membuatkan Farhana kebingungan. Farhana diam sahaja sambil matanya memerhati songkok itu.
‘ La, kan aku dah pulangkan songkok ko, ngok!’ sekali lagi Fatin bermonolog.
“ Ko tengok!” Dia menunjukkan songkoknya yang berbekas tapak kasut Farhana itu. Farhana mula mengelabah.
“ La, sapu la sendiri!” Kata Farhana ; selamba badak je minah nie, terang-terang dia salah!
“ Ko ambik, aku nak ko pulangkan songkok aku hari nie, bersih! Ko faham?!” Fitri mencampakkan songkok itu ke arah Farhana lalu dia melangkah pergi dengan tergesa-gesa.
“ Eh! Tak pelah, memang dah salah akukan....uhhhh!!” Farhana mengeluh panjang.

Farhana melihat Fitri masih berlegar-legar di luar pintu pagar sekolah. Dia tersenyum sinis.
‘ Padan muka!’ kata Farhana lalu dia menuju ke sebuah pagar yang rosak tidak jauh daripada pintu pagar sekolah. Belum sempat Farhana melangkah.
‘ kesian pulak aku tengok mamat tue, tak boleh jadi neh! Sudahlah dia kena bacakan doa dan ikrar.’ Farhana mendekati Fitri.
“ ko takkan dapat masuk kalau dah lepas pukul 7.30 pagi. Ikut aku!” kata Farhana lalu berjalan ke arah pagar tadi. Fitri tidak berganjak.
‘Ek’eleh mamat neh! Jual mahal pulak dia...” Farhana mendekati lelaki itu sekali lagi.
“ Ko nak masuk sekolah ke tak neh?” Farhana bertanya sambil dia memandang ke arah lelaki berkaca mata biru itu. Sesuai benar dengan wajahnya yang cerah itu. Tetiba terusik pula hati Farhana ketika itu.
“ Aku tanya, jawablah!”
Fitri mengangguk tanpa melihat pun ke arah Farhana.
“ Ikut aku!” Kata Farhana sambil menunjukkan pagar di tepi pintu pagar sekolah itu.
“ Ko masuk ikut situ ke? Tak de jalan lain ke?” Kata fitri.
“ Aduh , kalau dah lewat macam gini, mana tempat lagi mahu pergi... Dah jomlah!”
“ Tak mahulah aku, ko sorang jelah pergi...”
‘ Kepala batu sungguh mamat neh!’ Farhana mengangkat bahunya.
“ Jangan kata aku tak bagitahu ye, ko duduk la kat sini sampai pukul 8.30 pagi... Aku nak pergi sekolah dulu! Agaknya siapa yang bacakan doa dan ikrar pagi nie je... Urm..” Farhana melangkah pergi.
‘ Ikut suka hati aku la nak masuk ikut mana pun! Tapi lambat lagi neh... Aku nak jawab apa yang dengan Cikgu Manap nanti ye?’ Fitri mula mencari alasan.

Farhana berjaya menembusi pagar berkarat lagi berbau itu.
“ Tepi la sikit! Aku nak masuk nie...” Farhana cepat-cepat berganjak. Farhana ketawa kecil.
‘ Pehal ko ketawe-ketawe?” Marah Fitri.
“ La, biarlah...” Farhana ketawa lagi. Tidak sedar mereka diperhatikan dari atas bukit ; sekolah dia orang atas bukit, ala-ala English school gitue...hahaha.


Shira melihat Fitri bersama seorang budak perempuan di tepi pagar. Terkejut juga dia melihat Fitri yang lewat itu.
“ Abang Fitri datang lewat hari ini dengan budak perempuan mane tah..” kata Shira kepada Delia.
“ What? Dengan budak perempuan? Siapa??” Delia mencari-cari kelibat Fitri, jejaka idamannya.
“ Eh, ko nie risau pasal Fitri tu lewat datang sekolah ke, pasal dia datang lewat dengan...” Shira kenal benar dengan beg sandang itu. Iya, itukan kepunyaan Farhana. Budak Selekeh dalam kelas.
“ Dengan Farhana?!”
“ Biar betul ko, Shira! Kang ada juga yang berasap macam engine kereta api...” Kata Shira itu sudah membuatkan hati Delia marah secara tiba-tiba ; jeles sebab dia tak sangka, orang tu Farhana...
“ Iyalah, siapa lagi kat sekolah nie yang pakai beg buruk macam Farhana tu... tak dekan? So betullah dia..” Kata shahira. Delia bangun dari bangku.
“ Tak boleh jadi macam nie... Jom!” Delia menarik tangan rakannya itu turun ke arah Fitri dan Farhana.
“ Ehem! Korang berdua nie datang lewat ke?” Soal shahira. Delia hanya diam sebaik sahaja melihat wajah Fitri ; malu la sangat...
“ A’ah... “ Jawab Farhana. Mendengarkan itu Shahira mengeluarkan surat saman dari saku bajunya. Fitri sudah merasa bengang. ; saman yang first setelah saman terakhir yang diterima semasa tingkatan 1 kerana rehat awal.
“ Eh, takkan aku aje...” Tanya Farhana.
“ Abang Fitri tak payah risaulah... Kita orang takkan bagitahu orang lain. Promise! Baik abang cepat, sebab assembly dah nak mula dah...” Kata Delia sambil tersenyum lebar. ; dia memang popular kat sekolah. Orang cantik tapi dia suka jugak dekat mamat nerd tu, ntah ape-ape ntah.
“ Wait-wait! Mane aci macam nie..” Soal Farhana. Langkah Fitri terhenti.
“ Abang fitri tak payah risaulah... Kita orang boleh handle dia neh... Abang Fitri pergilah..”
Fitri meneruskan langkahnya tetapi Farhana terpaksa pula berdepan dengan dua orang rakannya itu.
‘ Eih, tak poleh tolong aku siket pun! Uhh..'

3 comments:

  1. besh!!
    cute n swt hbes la
    gud luck n trus mju yeah!!
    -wanie-

    ReplyDelete
  2. bez jgk ften!!!
    knape x bg nme r___r,nme lki tuh...
    huhuhuhu....
    smbg lg ctew tuh....
    :)

    ReplyDelete
  3. sabar2.. nie dalam pembinaan lagie..huhu...

    ReplyDelete